Monday, 3 October 2011

KESELAMATAN ELEKTRIK DAN MEKANIKAL


1. KONSEP KESELAMATAN 

Objektif keselamatan, penubuhan jawatankuasa keselamatan, tanggungjawab pengurusan, ketua 
jabatan/penyelia, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
  
2. KESELAMATAN ELEKTRIKAL DAN MEKANIKAL
  
Punca kemalangan elektrik, pencegahan kemalangan elektrik, bahaya mesin dan jenis-jenis perlindungan 
mesin. 
  
3. KESELAMATAN API
  
Punca-punca kebakaran, bagaimana api merebak, jenis-jenis pemadam api dan cara mengguna alat 
pemadam api, pean keselamatan kebombaan di industri - pelan kontigensi, jawatan kuasa keselamatan 
kebakaran, pelan tindakan kebakaran, latihan kebombaan dan kebakaran serta audit keselamatan 
kebakaran. 

4. KONSEP KEMALANGAN DAN PENCEGAHAN
  
Punca-punca kemalangan, bahaya di kawasan kerja, risiko kemalangan, program pencegahan kemalangan, 
siasatan kemalangan, laporan kemalangan dan laporan kecederaan.
  
5. LATIHAN DAN AUDIT KESELAMATAN 

Tujuan latihan, pekerja yang perlu kepada latihan, prosedur latihan, keperluan audit keselamatan, 
jawatankuasa audit keselamatan, prosedur perlaksanaan audit dan membuat Iaporan audit keselamatan.
  
6. PERTOLONGAN CEMAS 

Kotak pertolongan cemas dan tindakan pertolongan cemas. 



Setiap pekerja yang terlibat di tapak pembinaan di Malaysia mestilah berdaftar dengan Construction Industry Development Board (CIDB.Pekerja yang telah berdaftar dengan CIDB akan diberi pendaftar personel binaan CIDB atau lebih dikenali dengan nama (KAD HIJAU)sebagai pengenalan diri semasa berada di tapak binaan.Melalui kad ini,tahap kemahiran pekerja terbabit dapat dikenalpasti.



AMALKAN TABIAT YANG SELAMAT


Mesyuarat peti keselamatan wajib diadakan sebelum kerja harian dilakukan.

Pakai alat perlindungan diri yang lengkap sebelum memulakan kerja.


Pakai but keselamatan untuk mengelakkan kecederaan.

Pakai topi keselamatan sepanjang masa untuk mengelakkan kecederaan di kepala.

Ikutilah cara kerja yang selamat.


Ketahui dan patuhi tanda-tanda keselamatan.

Periksa keadaan jentera sebelum memulakan kerja.
Amalkan sistem pembuangan yang selamat dan sihat.

Cara kerja yang betul.

Memakai alat penyelamat ketika berada di permukaan air.